Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
Actually trip ni sis dan family pergi last year tapi just nak share dengan semua.. kenangan terindah yang kami lalui. Kami pergi selama 4H3M seramai 12 org (semua adult) iaitu sis sekeluarga seramai 6 org, sis bawa kakak2 ipar kesayangan dan anak buah sis seramai 6 org sebab abg2 sis tak dpt nak join. Anggaran budget below 1k seorg utk flight, tempat penginapan dan transport. Lain2x expenses kami bayar sendiri dan ada yang sponsored.. he3.. syukran.. Itinerary amat penting yea.. so Sis dah siapkan itinerary utk 4H3M untuk pastikan perjalanan kami berjalan lancar. Antara yg ada dlm itinerary ialah mengelilingi Kundasang, snorkeling dan melawat bandar KK.
Dr KLIA kami bertolak dengan menaiki flight terawal untuk memastikan kami sampai awal sebab nak terus ke Kundasang sebab jika malam berbahaya bagi yang memandu. Flight kami delay tapi alhamdulillah selamat tiba di KK pada pukul 11pagi. Kami menyewa 1 van dan 1 kereta untuk keselesaan. Dari airport kami terus lunch dan after solat zohor kami terus menuju ke Kundasang. Pemandangan yang sangat indah sepanjang perjalanan dengan angin dingin menyapa kami sepanjang menuju ke Kundasang. Kami bermalam di Midori homestay.. https://www.facebook.com/midorihomestay yang terletak betul2x di belakang Gunung Kinabalu, cuaca nya nyaman dan sejuk. Ianya selesa utk kami yang seramai 12 org, owner pun baik orangnya. Tq yea :).
Antara yg menarik di Kundasang ialah Pasar Malam, Pasar Pagi, Dairy Farm, Kinabalu Park, Butterfly Park dll. 1 hari memang tak cukup utk melawat semua tempat so kami pergi tempat2 yg tidak ada di semenanjung, kalau ikutkan hati.. semua kami nak pergi.. he3. Oh ya.. sebelum balik jangan lupa singgah di Masjid Jamek Kundasang. Kat situ ada seorg sis ni dia jual pelbagai muih, mmg sedap2 esp kuih makmurnya.. pelbagai perisa. Petangnya kami gerak ke Kota Kinabalu dan stay selama 2 malam di Homestay yg tidak jauh dari Jeti Jesselton. Esok pagi2 nya kami ke Pulau untuk snorkeling, malamnya ke Pasar philipine yang terkenal dengan barang perhiasan. Kerana masa yang mencemburui kami, kami terokai bandar KK sebelum bertolak ke airport. tak puas rasanya meneroka bumi Sabah, walaupun begitu, kami pulang dengan hati yang berbunga2, keseronokkan terpancar di wajah. Sis sertakan gambar2 perjalanan kami di Sabah untuk tatapan semua. semoga menjadi inspirasi bagi yang plan utk bawa family bercuti ke Sabah.
![]() |
| otw to Kundasang |
![]() |
| Pasar Malam di Kundasang |
![]() |
| @ Midori Homestay |

![]() |
| Air Panas Poring |


![]() |
Mamutik Island![]() |


#familytrip





















